Tuesday 11 August 2015

KEPENTINGAN FARDU AIN

Allah taala berfirman di dalam al-Quran:



mafhum daripada ayat ini:

"wahai orang2 yang beriman, jagalah diri kalian dan ahli keluarga kalian daripada api neraka yang mana bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu...."

para ulamak menafsirkan ayat ini cara kita untuk menjaga diri kita dan ahli keluarga kita daripada terjerumus dalam api neraka ialah dengan mempelajari ilmu agama secara khususnya ilmu fardu ain yang mana ianya merangkumi Ilmu Aqidah, Feqah dan Tasawwuf. tafsiran ini telah disebut oleh Sayyiduna Ali dengan sanad yang kuat yang mana ianya telah diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak

ertinya: Telah berkata sayyidina ali (tentang ayat tersebut): "Ajarilah oleh kalian semua akan diri kalian dan keluarga kalian akan kebaikkan (perkara2 agama)"

bukan sahaja al-Hakim yang meriwayatkan tafsiran Sayyiduna Ali ini, tapi diriwayatkan juga oleh al-Baihaqi dalam kitabnya "al-Madkhal ila al-Sunan al-Kubra"




perkara ini selari dengan hadis nabi yang berbunyi:


"طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلة"

mafhumnya: "Menuntut ilmu (Ilmu Fardu Ain) itu wajib atas setiap orang islam baik lelaki dan perempuan"

Ilmu2 ini manusia tidak boleh jahil akannya dan kejahilan bukan lah satu keuzuran atau satu excuse untuk dia terselamat daripada dosa (sekiranya amalannya tidak selari dengan syariat). Sebagai contoh sekiranya seseorang itu solat zohor tiga rakaat kerana dia tidak tahu dan tidak pernah belajar, maka solatnya tidak sah dan dia seorang yang berdosa walaupun dia jahil. kita tidak memfokuskan pada solat sahaja, bahkan pada zaman sekarang ramai manusia jahil tentang hukum jual beli dan lain2.

Ilmu agama ini mestilah diperolehi dengan cara bertalaqqi dengan bersanad, berguru daripada ulamak yang dipercayai, ulamak yang menghafal ilmunya, bukan seorang yang fasiq, apatah lagi orang yang sesat, bukan semata2 mengambil ilmu agama itu daripada pembacaan. Boleh jadi buku itu telah diubah oleh orang yang tidak bertanggung jawab, atau boleh jadi pengarangnya bukan dikalangan orang yang dipercayai, ataupun boleh jadi pembaca tersalah dalam memahami maksud pengarang.  bahkan jikalau seseorang yang mendakwa dirinya adalah doktor hanyasanya kerana dia menghabis masanya membaca buku2 kedoktoran, maka nescaya tidak akan ada orang yang berani untuk merawat penyakitnya daripada orang yang mengaku doktor tersebut. apatah lagi berkenaan ilmu agama. berhati2 di sana ada orang yang mengaku ustaz, mempunyai title PhD tetapi mengajar manusia perkara2 bersalahan dengan syariat wal'iyazubillah. jikalau PhD menjadi bukti bahawa dia merupakan orang alim yang dipercayai, maka apakah Nabi Muhammad memiliki PhD untuk dipercayai?? ketahuilah ilmu di ambil oleh para Ulamak Haqiqi semuanya dengan jalur sanad, daripada guru yang thiqah, sehingga sambung ilmunya sampai kepada para sahabat, sahabat pula mengambil ilmu daripada Rasulullah. Rasulullah gurunya Malaikat Jibri. Rasulullah seafdhol2 makhluk pun berguru, kenapa tidak kita yang hanya manusia biasa lagi banyak dosa?? hanyasanya penulis menulis di dalam blog supaya menjadi galakkan kepada masyarakat untuk mempelajari ilmu agama. tetapi penulis tetap menegaskan supaya kalian mengambil ilmu daripada para ulamak yang dipercayai.

dan diantara kesemua ilmu ini (aqidah, feqah dan tasawwuf) hendaklah dia mendahulukan ilmu yang diperlukan sekarang sebagai contoh dia perlu belajar tentang solat dahulu dan ilmu2 lain sebelum ilmu tentang menunaikan haji kerana dia belum lagi hendak menunaikan haji. inilah yang disebut oleh para ulamak seperti al-Syeikh al-Zarnuji dalam kitabnya "Ta'lim al-Mutaallim"



ertinya: "ketahuilah oleh mu, bahawasanya tidak wajib atas tiap2 orang islam menuntuti kesemua ilmu hanyasanya wajib atasnya menuntut akan ilmu kelakuan (ilmu yang diperlukan sekarang iaitu aqidah, feqah dan tasawwuf)"

apakah ilmu yang paling penting diantara kesemua ilmu yang kita sebut di atas??

semestilah ilmu Aqidah iaitu ilmu mengenal Allah (atau nama lainnya Ilmu Kalam) seperti mana yang disebut oleh para ulamak yang berbunyi:

"أشرف العلوم علم العقيدة"

ertinya: "Semulia2 ilmu ialah ilmu Aqidah"

Allah taala berfirman:





Ayat yang pertama digaris oleh penulis adalah ayat al-Quran yang menunjukkan tentang ilmu Aqidah. ayat kedua yang digaris oleh penulis adalah berkenaan dengan cabang2nya, ini menunjukkan ilmu Aqidah lebih utama kerana Allah mendahulukan ayat berkenaan dengan ilmu Aqidah.

Bahkan al-Imam al-Syafie (Pendiri Mazhab Syafie) sendiri berkata yang mana kata2 Imam Syafie ini dinaqalkan oleh al-Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya Manaqib al-Syafie:


mafhumnya: "aku menekuni Ilmu Kalam sebelum Ilmu Feqah"

Bahkan al-Imam Abu Hanifah (pendiri mazhab Hanafi) memiliki 5 buah risalah tentang Aqidah :

  1. al-Fiqh al-Akbar
  2. al-Fiqh al-Absath
  3. al-Risalah
  4. al-alim al-Mutaallim
  5. al-Wasiyyah

Kelima2 risalah ini telah sabit dari Imam Abu Hanifah seperti mana disebut oleh al-Hafiz al-Lughawi Murtadha al-Zabidiy dalam kitabnya "Ittihaf Saadah al-Muttaqin"

Kerana apa Ilmu Aqidah itu penting? kerana ianya adalah Asas Agama. bila mana asas agama menyimpang, maka ibadah kita yang tidak akan diterima. Contoh penyembah patung kalau dia berpuasa sekalipun ibadahnya tidak akan diterima kerana dia menyembah selain Allah. al-Imam al-Ghazzali berkata:


لا تصح العبادة إلا بعد معرفة المعبود

mafhumnya: "Tidak sah ibadah seseorang melainkan setelah dia mengenal Allah"

Jadi untuk seseorang itu sah ibadahnya, dia perlu meyakini bahawa Allah taala wujud tidak ada permulaan bagi kewujudanNya dan tidak ada pengakhiran bagi kewujudanNya. Dia wujud dan tidak sekutu bagiNya. meyakini bahawa sifat2Nya yang tidak ada permulaan itu sempurna yang layak bagiNya dan suci daripada sifat kekurangan. Dia yang mencipta segala sesuatu dan tidak berhajat (memerlukan) dengan segala sesuatu dan tidak sama dengan segala sesuatu. Dia cipta jisim yang besar seperti gunung Dia bukan seperti gunung. Dia cipta jisim yang kecil seperti habuk, Dia bukan seperti habuk. Dia cipta jisim yang kasar seperti kayu, Dia bukan seperti kayu. Dia cipta jisim yang halus seperti cahaya Dia bukan cahaya. Dia mencipta ukuran, size, bentuk, rupa paras, maka tidak ada bagiNya sifat2 itu. Dia mencipta sifat2 makhluq seperti berjisim, berarah, bertempat, bermasa, maka Dia bukan berjisim, tidak ada bagiNya arah, bukan berada di sesuatu tempat, bukan berada di setiap tempat seperti udara, bahkan Allah wujud tidak bertempat, dan tidak lalu atasNya masa. Dia mencipta langit dan bumi, dia bukan berada di atas langit dan juga di bumi. kerana Allah wujud tidak bertempat. hal ini kerana Allah tidak sama dengan segala sesuatu seperti mana yang difirmankan di dalam al-Quran:

"ليس كمثله شيء" 

mafhumnya: "Allah tidak sama dengan segala sesuatu dalam apa jua bentuk sekalipun"

Jadi jika ditanya apakah haqiqat zat Allah yang maha agung, maka dijawab tidak ada yang tahu akan haqiqat zat Allah melainkan Allah. kerana itulah al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata (Pendiri Mazhab Hanbali):

مهما تصورت ببالك فالله بخلاف ذلك

ertinya: "apa sahaja yang tergambar di dalam fikiran kamu, maka Allah tidak seperti itu"

wallahua'lam